selamat sejahtera kepada para pengunjung blog me . hee . maaf , blog me berhabuk sikit sebab jarang buka . eh , salah ! jarang update , bukan jarang buka :p okay , kembali kepada topik utama , kali ni me nak cerita pasal pertandingan bola tampar yang berlaku tadi dekat sekolah . me tak masuk sebab ada masalah kesihatan dan me memang tak nak masuk sebab me tak pandai surf . nanti buat malu me je depan orang ramai . tak mau , tak mau . haishh -.-' semasa pertandingan itu dijalankan di gelanggang sekolah , kiteorang tengok je lah dorang main dan beri sokongan . dah lah panas ! orang siap buka payung . haha . buat lawak je dorang ni . ramai yang kene sunburn . especially orang yang duduk dekat tengah-tengah gelanggang tu lah kan . kesiannn dorang . haishh . sebelum permainan akhir , ada budak dari kumpulan cita cakap 'mesti cita juara , budi kalah' sial kan budak tu ? masin gila mulut dia . kalau ye nak cakap macam tuh sekali pun , pastikan lah tak ada budak budi dekat area dia tuh . me doakan dia agar dia sedar dengan apa yang dia buat selama ni . masa budi vs cita untuk round pertama , budi menang *petsis me main kay* me terlompat-lompat macam beruk + jerit wooo yeah sampai orang dekat area me tuh pandang me . huhu , buat malu je kan ? hee . second round and final round cita menang . means , cita lah juara for 2011 . me tepuk tangan dengan semangat sebab dah tamat and dah nak balik . sakit perutt seyh . masa bersurai , me nampak petsis me . me nak jumpa dia and peluk dia sebagai tanda nak ucap tahniah tapi ramai sangat orang and me malu nak jumpa dia depan orang ramai or even alone . pastu peluk dia lagi lah malu >< so , terpaksa lah me ucap melalui BBM je . heee . kesian tangan dia sakit . well , me tak boleh buat pape selain doakan dia agar cepat sembuh . me nak cakap apa lagi erk pasal ni ? ouh , ye ! me nak ucapkan tahniah + syabas dekat semua sebab korang dah buat yang yang terbaik dan me percaya korang selalu buat yang terbaik :) okay , me rasa sampai ni sini je kut . mata me dah terkebil-kebil . ngantuk ! selamat malam :D











